Berkongsi pengalamannya, Dayana berkata dia sempat menikmati juadah raya pada pagi sambutan Aidil Adha sebelum dimasukkan ke hospital pada sebelah petang kerana mengalami sedikit pendarahan.
“Saya melahirkan pada malam hari yang sama. Saya agak bimbang memikirkan komplikasi kerana bayi tidak cukup bulan, namun semuanya baik-baik sahaja. Saya berada di hospital lebih kurang seminggu,” katanya.