Pelakon Cinta Fatamorgana ini memilih nama Astrid Raheeya buat permata hatinya, seperti yang telah dipersetujui bersama suami, A’dale Adham Ayahudin.
“Astrid membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua adalah Rahiya, tetapi saya ubah menjadi Raheeya. Ia membawa maksud setia dan penyayang,” katanya.