Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membantu melancarkan majlis pertunangan mereka. Mereka dijangka akan bernikah pada Mei 2021, selepas sambutan Syawal.
Ifan pernah mendirikan rumah tangga dengan Ghea Astrid Gayatri pada 2006 namun bercerai enam tahun kemudian. Pada November 2016, dia berkahwin pula dengan Dylan yang menjadi korban Tsunami pada Disember 2018, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-26.
Selain Dylan, bencana itu turut mengorbankan empat ahli kumpulan Seventeen iaitu Bani (bass), Yudhi (gitar), Herman (gitar) dan Andi (drum).