Januari lalu, dia membuat pengumuman mengenai hubungan cintanya dengan Citra yang merupakan bekas rakan sekolahnya.
Dan demi kesetiaannya terhadap perhubungan ini, dia memadam nama arwah isteri yang selama ini tertera di bio Instagram miliknya dan ia dengan pantas mengundang tanda tanya peminat.
“Saya padam kerana berasa tidak adil terhadap kedua-duanya. Tidak adil buat Dylan kerana saya sudah pun memuat naik foto-foto saya bersama Citra, begitu juga buat Citra,” katanya.
Namun ini tidak bermakna dia melupakan terus arwah isterinya. Kata Irfan, kehidupan, masa lalu dan kenangannya bersama arwah tidak bersandar pada tulisan tetapi jauh lebih banyak daripada itu.
Foto: IDN Times
Baca: Elisya Sandha Selamat Bertunang, Bakal Bergelar Menantu Sheila Rusly