Bila Shila Amzah & Ubai Bakal Disatukan?
Pasangan itu dilaporkan akan diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tahun ini juga. Menurut Ubai, perancangan itu adalah hasil perbincangan kedua-dua pihak. Bagaimanapun ia bergantung pada tahap kesihatannya ibunya yang merupakan pesakit kanser ovari.
“Kalau ikut perbincangan awal, keluarga kami ingin pernikahan dan resepsi dilangsungkan pada tahun ini juga. Tetapi kita tengok dulu kesihatan emak saya. Buat masa ini doktor maklumkan emak perlu menjalani enam sesi kemoterapi. Setakat ini sudah tiga sesi dilakukannya.
“Apa-apa pun kita tengok dulu tarikh bersesuaian iaitu selepas selesai sesi kemoterapi nanti. Paling penting adalah kesihatan emak. Baik saya mahupun Shila, kami mendahulukan kesihatan emak yang sememangnya mahu melihat kami disatukan segera,” jelas Ubai, memetik laporan Kosmo.

Baca: Pengakuan Shila Amzah: Pernah Jadi Mangsa Keganasan Lelaki