Dalam hantaran yang sama, pelakon berusia 34 tahun itu sempat menitipkan penghargaan buat peminat yang sama-sama mendoakan agar hajatnya dimakbulkan, juga buat pakar sakit puan yang merawatnya.
“Terima kasih semua yang mendoakan dari sebelum saya hamil untuk dikurniakan bayi perempuan, sampai hamil dan sehingga selamat melahirkan. Saya amat menghargainya.
“Terima kasih Dr Ainul, pakar sakit puan saya dari anak sulung, Imran sehinggalah anak perempuan kami ini. Ada sahaja drama dari anak kedua, juga anak ketiga ini,” tulisnya tanpa menjelaskan lebih lanjut.