Semalam Raja Farah sempat berkongsi perkembangan terkini puterinya yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami jaundis atau penyakit kuning.
“Anak kena tahan di wad sejak semalam kerana jaundis tinggi. Mama doakan awak cepat sembuh. Tak tahan rindu, baru lima hari melahirkan tetapi sudah kena berjauhan,” luahnya.
Menerusi satu lagi hantaran di Instagram Story, dia berkongsi puterinya telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.
Sebagai info, Raja Farah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Iskandar Ismail pada 6 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, mereka dikurniakan dua putera iaitu Imran Iskandar, 6, dan Ilham Iskandar, 3.
Baca: “Comelnya Anak Jepun” – Foto Anak Intan Ladyana Mencuri Perhatian Peminat