Mungkin selebriti kita mampu membuka restoran, membeli rumah dan kereta mewah, berpakaian berjenama head-to-toe dan mendapat rawatan kecantikan termahal di dalam dan luar negara. Tetapi masih belum ada yang mempunyai pulau sendiri seperti selebriti Hollywood di bawah ini.
Johnny Depp
Setelah jatuh cinta dengan kehidupan di tepian pantai dan suka bersantai di laut biru, Johnny Depp telah membeli sebuah pulau tropika khas untuknya dan keluarga beriadah. Pulau yang bernilai AS$3.6 juta yang hanya menggunakan kuasa solar untuk menjana tenaga elektrik itu pernah dikunjungi Lindsay Lohan ketika mahu berehat daripada perhatian dunia luar.
GAMBAR KANAK-KANAK SELEBRITI TEMPATAN >>
Leonardo DiCaprio
Rata-rata tahu aktor ini seorang aktivis alam sekitar yang aktif dan pernah mengacarakan beberapa rancangan yang berunsur gaya hidup hijau dan mesra alam sekitar. DiCaprio telah menjadikan semua itu sebagai inspirasi untuknya membeli pulau Belizean yang diberi nama Blackdore Caye. Pulau seluas 104 ekar itu dibeli dengan harga AS$1.75 juta dan beliau merancang untuk membina resort kecil yang mesra alam kepada orang ramai.
PEMBEDAHAN PLASTIK YANG GAGAL >>
Eddie Murphy
Oleh kerana gemarkan percutian privasi bersama keluarga, Eddie Murphy telah mengorbankan AS$15 juta untuk sebuah pulau yang hanya mempunyai keluasan 15 ekar. Sebelum ini Murphy pernah membeli sebuah pulau kecil lengkap dengan rumah api di sebelah Pulau Paradise.
Celine Dion
Tidak mustahil untuk Celine Dion memiliki sebuah pulau peribadi kerana beliau sememangnya di antara penyanyi wanita yang menerima bayaran termahal di dunia. Walaupun pulau miliknya tidak terletak di kawasan yang eksklusif, dia telah membina sebuah ‘istana’ ala Perancis yang menjadi tumpuan para pelancong yang singgah ke pulaunya.
SEBALIK TABIR PENGAMBARAN BERSAMA FOUZIAH GOUS >>
Mel Gibson
Pada tahun 2009, pelakon, pengarah dan penerbit, Mel Gibson telah menghabiskan wang sejumlah AS$9 juta untuk sebuah pulau di Fiji yang bernama pulau Mago. Pulau miliknya merupakan di antara pulau peribadi yang terbesar yang mempunyai keluasan 5400 ekar, lebih kurang sama keluasannya dengan sebuah negara kecil. Namun begitu, Gibson hanya merancang untuk membina rumah percutian sahaja untuknya kerana mahu membiarkan pulau miliknya kekal hijau.