Hubungan antara selebriti dan peminat dikatakan adalah parasosial semata-mata. Walau bagaimanapun, percaya atau tidak ia mungkin boleh menjadi satu jalinan percintaan sebenar.
Nampaknya, memiliki selebriti yang anda minati mungkin bukan idea mustahil seperti yang anda bayangkan selama ini. Sama ada berpeluang bertemu di sesi meet and greet, kedai kopi atau di media sosial, kita tidak tahu kemungkinan yang akan berlaku. Lebih daripada segelintir pasangan selebriti dan peminat telah mengubah idea parasosial menjadi percintaan yang sebenar!
Tidak salah untuk ‘delulu’, mungkin ini tiba masanya untuk bermanifestasti mengharapkan ia akan menjadi kenyataan! Mari lihat peminat yang beruntung dapat menjalinkan hubungan bersama selebriti yang mereka minati.
1. Justin Bieber dan Hailey Bieber
Seluruh generasi peminat Justin Bieber pada ketika dahulu bermimpi bahawa mereka akan berkahwin dengannya.. dan impian salah seorang daripada mereka itu menjadi kenyataan. Walaupun Hailey sentiasa menjalani kehidupan yang penuh perhatian kerana lahir dalam keluarga yang terkenal, Hailey juga pernah menjadi ‘belieber’ sama seperti peminat gadis yang lain.
Pasangan itu diperkenalkan secara ringkas oleh bapa Hailey pada 2009, dan gambar Hailey menunggu dalam barisan ketika Justin mengambil gambar dengan peminat di luar hotel NYC pada 2012 muncul sejurus sebelum pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 2018. Mereka berkahwin pada tahun 2019 dan sehingga kini, mereka masih bahagia bersama walaupun perkahwinan mereka tidak disukai segelintir peminat.
2. Christian Bale dan Sibi Blažić
Christian Bale, bintang Batman bertemu dengan Sibi Blažić waktu Sibi bekerja sebagai pembantu peribadi Winona Ryder. Memandangkan Christian dan Winona menjadi kawan rapat selepas penggambaran adaptasi Little Women (1994) bersama-sama, Winona memperkenalkan Christian kepada Sibi dan mereka serta-merta menjalinkan hubungan bersama.
Pada tahun 2000, Christian dan Sibi melarikan diri ke Las Vegas untuk berkahwin ketika dia berusia 26 tahun manakala Sibi berusia 30 tahun. Lima tahun selepas perkahwinan mereka, pasangan itu mengalu-alukan seorang anak perempuan bernama Emmeline. Pada Ogos 2015, mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki.
3. Liam Payne dan Maya Henry
Ini adalah impian setiap peminat di mana Maya ialah seorang gadis biasa yang meminati kumpulan One Direction. Kira-kira empat tahun selepas Maya menyiarkan foto dirinya pada meet and greet One Direction pada tahun 2015 di Instagramnya, Liam dan Maya mula menjalinkan hubungan secara senyap-senyap pada 2019.
Mereka memutuskan untuk bertunang pada tahun 2020, tetapi tidak lama pasangan itu memutuskan untuk berpisah pada Jun 2021. Mereka akhirnya bertemu semula secara ringkas pada Oktober 2021, tetapi hubungan untuk tidak kekal dan mereka mengakhiri hubungan dengan muktamad pada April 2022.
4. Louis Tomlinson dan Eleanor Calder
Louis dan Eleanor bertemu melalui rakan sekumpulannya, Harry Styles di mana Elanor ialah rakannya semasa Harry berkerja di kedai roti sebelum menjadi terkenal. Kedua-duanya mula menjalinkan hubungan pada tahun 2011 tetapi berpisah pada 2015, didakwa kerana jadual Louis yang sangat padat.
Ketika Louis mengalu-alukan anak lelakinya, Freddie pada 2016 bersama teman wanitanya waktu itu Brianna Jungwirth, dia dan Elanor menghidupkan kembali percintaan mereka sebelum ini yang musnah pada awal 2017 tetapi cinta mereka berakhir pada awal tahun ini.
5. Zac Efron and Vanessa Valladares
Pada Jun 2020, Zac bertemu dengan model Vanessa Valladares semasa dia bekerja di Byron Bay General Store & Café di Australia. Walaupun kedua-duanya pada mulanya dipercayai hanya kawan, keadaan berubah menjadi sesuatu yang lebih. Mereka mula keluar bersama pada bulan Julai dan melakukan perjalanan ski bersama-sama pada tahun 2020.
Mereka juga berpindah untuk tinggal Bersama di Australia. Pasangan itu dilihat bersenam bersama dan juga meraikan hari lahir Zac pada Oktober 2020 sebelum memutuskan untuk berpisah pada April 2021 atas alasan Vanessa tidak sesuai untuknya.
6. Patrick Dempsey dan Jillian Fink
Jillian bermula sebagai pendandan rambut dan telah mencipta nama dalam industri solek dan penjagaan kulit. Pasangan itu bertemu pada tahun 1994 ketika Patrick menjadi pelanggan di salun rambut Jillian. Hari demi hari mereka akhirnya menjadi rapat dan berkahwin pada tahun 1999.
Mereka kekal bahagia bersama sehingga kini dan mengalu-alukan tiga anak bersama.
7. Tom Cruise Dan Katie Holmes
Katie Holmes pernah memberitahu rakan pelakon cerita ‘Dawson’s Creek’ tentang ketertarikannya kepada Tom Cruise dengan menyatakan bahawa dia mempunyai poster bintang filem ‘Top Gun’ itu di dinding biliknya.
Dalam temu bual dengan majalah Seventeen pada tahun 2004, Katie mengakui, “Saya fikir setiap gadis mengimpikan hari perkahwinan impiannya. Saya pernah fikir saya akan berkahwin dengan Tom Cruise.” Manifestasi Katie membuahkan hasil pada Mei 2005, apabila dia mula bercinta dengan idolanya dan bertunang hanya beberapa minggu kemudian.
Pada tahun 2006, pasangan itu turut meraikan kelahiran anak perempuan bernama Suri. Tidak lama kemudian, hubungan mereka mula pudar, Katie memfailkan perceraiannya bersama Tom Cruise atas alasan ingin melindungi anaknya Suri.
Baca: Majlis Resepsi Fadlan Hazim Berlangsung Unik Mengikut Tradisi Kazakhstan