Acap kali mendengar kematian para selebriti Hollywood disebabkan oleh pengambilan dadah yang berlebihan. Mereka sanggup menghambakan diri dan tewas dengan dadah. Mujur artis tempatan kita tidak seperti mereka.
Cory Monteith
Gambar: www.premierlife.ca
Monteith yang di temui mati di bilik hotel di Canada pada Julai lalu menggemparkan seluruh dunia. Peneraju watak Finn dalam drama muzikal Glee ini mati akibat pengambilan dadah jenis heroin malam sebelum dia di temui. Monteith sememangnya mempunyai masalah ketagihan dadah sejak kecil lagi.
Whitney Houston
Gambar: www.soultrain.com
Pelantun lagu ‘I Will Always Love You’ dan ‘The Greatest Love of All’ saban tahun berperang dengan ketagihan dadah yang serius. Diva ini di temui mati lemas dalam tab mandi di hotel Beverly Hills kerana alkohol dan kokain. Hollywood menangisi pemergian lagenda ini
Baca Juga: WAJAH SELEBRITI WANITA TEMPATAN DULU DAN KINI
Gambar: www.thisisrnb.com
Kematiannya di usia 27 tahun adalah sangat menghayat hati peminat penyanyi yang berbakat besar ini. Umum mengetahui Amy ketagih dadah dan enggan menerima rawatan. Kisah bagaimana orang cuba memberikan rawatan di terjemahkan dalam lagu hitnya ‘Rehab’.
Marilyn Monroe
Gambar: www.foglobe.com
Lagenda Hollywood yang tiada galang gantinya, selebriti paling cantik ketika eranya mati dek kerana dadah. Sewaktu kematiannya, Marilyn berada di zaman kegemilangan sebagai ikon seks utama dunia dan bintang filem ternama. Dia koma selepas mengambil ubat tidur secara berlebihan dan mati pada tahun 1962. Khabar angin mengatakan, sebuah diari peribadi dan nota dicuri dari kediamannya bagi merahsiakan kisah skandal Marilyn dengan Presiden Amerika ketika itu, John Kennedy.