Dalam dunia hiburan Korea, keunikan wajah sering menjadi identiti yang membezakan seseorang artis daripada yang lain. EH! senaraikan selebriti Korea yang mencuri perhatian menerusi ciri wajah unik yang menjadikan mereka lebih ikonik.
Dalam industri hiburan Korea Selatan yang sering dikaitkan dengan visual sempurna, masih ramai selebriti yang menonjol bukan kerana memiliki wajah yang mengikut standard kecantikan semata-mata, tetapi melalui keunikan yang menjadi identiti mereka.
Daripada mata monolid, lesung pipit, senyuman ikonik hinggalah struktur wajah yang tersendiri, setiap ciri ini memberikan pesona yang sukar ditiru. Malah, keunikan tersebut bukan sahaja membuatkan mereka mudah dikenali, malah membuktikan bahawa daya tarikan sebenar hadir apabila seseorang tampil yakin dengan identitinya.
EH! senaraikan barisan selebriti Korea yang berjaya mencuri perhatian menerusi ciri wajah unik yang menjadi signature mereka.
Wooyoung (ATEEZ) – Mata Tidak Simetri

Mata Wooyoung yang sedikit tidak simetri memberikan ekspresi wajah yang lebih hidup dan menjadi antara ciri paling mudah dikenali oleh peminat.
Lee Myeong Ro – Mata Tidak Simetri
Pelakon Lee Myeong Ro memiliki bentuk mata yang tidak sepenuhnya simetri, sekali gus menyerlahkan karakter wajahnya yang tersendiri.
V (BTS) – Mata Tidak Simetri
Perbezaan kecil pada bentuk kedua-dua matanya menjadikan ekspresi wajah V lebih unik dan sering dianggap sebagai salah satu daya tarikan utamanya.
Joy (Red Velvet) – Sebelah “double eyelid” dan Sebelah lagi satu “monolid”
Joy mempunyai kelopak mata yang berbeza pada kedua-dua belah mata, menjadikan wajahnya lebih unik tanpa mengurangkan pesonanya.
Yeji (ITZY) – Mata Seperti Musang
Bentuk matanya yang tajam dan sedikit terangkat menyerupai mata musang, sekali gus menghadirkan aura yang garang, karismatik dan memikat.
Haerin (NewJeans) – Mata Seperti Kucing
Bentuk matanya yang menyerupai mata kucing memberikan imej yang misteri, elegan dan mudah dikenali.
Ni-ki (ENHYPEN) – Mata Badam Seperti Kucing
Bentuk mata badam yang tajam memberikan Ni-ki aura yang misteri serta karisma yang kuat ketika membuat persembahan.
Sunoo (ENHYPEN) – Mata Berwarna Ambar
Warna mata Sunoo yang kelihatan keperangan atau ambar memberikan pandangan yang lembut dan memukau.
Seo Kang Joon – Mata Berwarna Hazel
Seo Kang Joon terkenal dengan warna mata hazel semula jadi, satu ciri yang jarang dimiliki oleh selebriti Korea dan membuatkan visualnya lebih menonjol.
Lee Sung Kyung – Mata Berwarna Hazel
Pelakon dan model ini terkenal dengan warna mata hazel semula jadinya yang memberikan penampilan lebih eksklusif dan memikat.
Felix (Stray Kids) – Freakles Semula Jadi
Jeragat semula jadi pada wajah Felix menjadi identiti ikoniknya. Ciri ini memberikan pesona yang segar dan menjadikannya tampil berbeza daripada idol lain.
Yeosang (ATEEZ) – Tanda Lahir Berbentuk Hati
Yeosang memiliki tanda lahir kecil berbentuk hati yang menjadi salah satu ciri istimewa dan sering menarik perhatian peminat.
Ryujin (ITZY) – Lesung Pipit “whiskar”
Lesung pipit halus pada pipi Ryujin menyerlahkan lagi senyumannya dan menjadi salah satu ciri wajah yang paling digemari peminat.
Chanyeol (EXO) – Telinga Seperti Elf
Bentuk telinga Chanyeol yang sedikit runcing sering disamakan dengan telinga Elf, sekali gus menjadi salah satu ciri wajah yang ikonik.
Nayeon (TWICE) – Gigi Arnab
Dua batang gigi hadapan yang sedikit menonjol menjadi identiti Nayeon dan melengkapkan senyumannya yang manis.
Sangwon (AD1) – Tiga Gigi Hadapan
Sangwon dikenali dengan tiga gigi hadapan yang jelas kelihatan ketika tersenyum, sekali gus menjadikan penampilannya lebih istimewa.
Baca: Selepas NewJeans, LE SSERAFIM & ILLIT, HYBE Kini Pertaruh TUIDE















