Dilahirkan dalam keluarga yang kaya, dan menjalani kehidupan yang serupa dengan watak ‘chaebol’ seperti yang digambarkan dalam K-Drama sememangnya impian bagi semua orang termasuk selebriti Korea.
Mungkin masih ramai tidak tahu tentang selebriti korea ‘chaebol’. Kehidupan serba mewah yang dinikmati oleh selebriti Korea ini sering menjadi tumpuan dan perbualan di kalangan peminat.
Meskipun realiti ini hanya merangkumi segelintir selebriti, dan mungkin tidak mencerminkan keseluruhan industri hiburan Korea, ia tetap mencipta perbualan di kalangan peminat, membiarkan mereka membayangkan kehidupan glamor yang diimpikan.
7 Selebriti Korea Ini Sebenarnya ‘Chaebol’ Seperti Yang Digambarkan Dalam K-Drama:
1. PSY
Terkenal dengan lagu hit Gangnam Style, PSY telah memberi impak yang besar kepada industri muzik korea apabila lagu tersebut dianggap sebagai pintu masuk Korean Wave apabila berjaya menyebabkan virus K-Pop ke serata dunia. Selain kerjaya nyanyiannya, PSY juga turut berkhidmat sebagai CEO di syarikat semikonduktor milik bapanya, manakala ibunya memiliki beberapa restoran mewah di Gangnam. Walaupun dibesarkan dengan keistimewaan, PSY tetap bekerja keras dan mengejar impiannya. Dia telah menerima pendidikan dalam bidang muzik di Boston University dan Berklee College.
2. Park Hyung Sik
Penyanyi dan pelakon terkenal, Park Hyung Sik yang popular menerusi drama Hwarang dan Strong Woman Bong Soon ternyata berasal dari keluarga yang cukup kaya. Semasa salah satu penampilan TV yang dibuatnya, bintang itu akhirnya menjawab khabar angin tentang latar belakangnya, dia menjelaskan bahawa bapanya bukanlah seorang CEO seperti yang dikhabarkan, tetapi, merupakan ahli lembaga pengarah di Syarikat pengusaha kereta mewah, BMW di Korea Selatan, yang masih cukup mengagumkan dalam dunia perniagaan.
3. Choi Soo Young
Bintang K-pop dan pelakon Choi Soo Young, dari kumpulan popular Girls’ Generation, ini juga berasal dari keluarga yang cukup mengagumkan. Datuknya merupakan seorang CEO besar di firma seni bina terkenal di Korea, yang membina Pusat Seni Seoul, manakala ayahnya merupakan pengerusi sebuah syarikat pembinaan. Keluarganya dikatakan juga memiliki banyak vila mewah di kawasan kejiranan mewah Cheongdam-dong di Seoul. Walaupun dilahirkan sebagai ‘chaebol’, Soo Young tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan dan muzik. Dia telah muncul dalam beberapa drama dan filem, termasuk Tell Me What You Saw dan Run On.
4. Jung Hae In
Aktor kacak yang terkenal dengan penampilan hebatnya dalam Something in the Rain, D.P. dan Snowdrop yang digandingkan bersama Jiso Blackpink ini, merupakan pewaris dan cicit kepada Jeong Yakyong, yang merupakan seorang tokoh terkemuka pada zaman Joseon. Hal ini, menjadikan Jung Hae In sebagai ‘chaebol’ sejak dari lahir lagi. Datuknya sangat dihormati kerana karya bertulisnya yang berkaitan dengan falsafah, sains dan kerajaan, manakala, ibu dan bapanya pula dikhabarkan memiliki sebuah hospital di SoKor.
5. Nichkhun
Digelar sebagai Putera Thailand, bukan hanya kerana mempunyai penampilan seperti putera raja, tetapi kerana dia juga berasal dari keluarga yang cukup kaya. Dikhabarkan Ibu kepada Nichkhun, iaitu Yenchit Horvejkul, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Union Medical dan pengedar farmaseutikal utama di Thailand. Sebelum Nichkhun membuat debut sulungnya bersama kumpulan K-Pop popular 2PM, Nichkhun telah bersekolah di Wanganui Collegiate School, New Zealand yang turut dihadiri oleh Putera Edward di-raja British.
6. Kim Tae-hee
Isteri kepada pelakon dan penyanyi popular Rain, iaitu Kim Tae-hee, ternyata berasal dari latar belakang yang berada. ‘Chaebol’ ini, bukan sahaja mempunyai kecantikan yang dianggap mencapai beauty standard Korea, bapanya juga merupakan pengerusi syarikat pengangkutan Hankook. Selain memiliki kecantikan dan kekayaannya, dia juga berjaya menamatkan pengajiannya dan memperoleh ijazah reka bentuk fesyen dari Seoul National University, yang merupakan universiti paling berprestij di Korea.
7. Da Hae
Walaupun Da Hae sering melakonkan watak wanita miskin dalam drama yang dilakonkannya, percaya atau tidak, dia sebenarnya adalah pewaris ‘chaebol’ dalam kehidupan nyata. Walaupun agak tertutup mengenai keluarganya, difahmkan bapanya seorang usahawan yang berjaya dan Da Hae didakwa menaiki kereta persendirian secara eksklusif semasa zaman persekolahannya. Selain berasal dari keluarga yang kaya, Da Hae juga mahir dalam tarian tradisional Korea, balet dan pelbagai bahasa, termasuk Korea, Inggeris, Jepun dan Cina.
Artikel Berkaitan: 5 Selebriti Korea Yang Berkahwin Dengan ‘Chaebol’