Pelakon Hyeri menyerahkan derma sebanyak RM173,000 manakala Han Ji Min dan Jang Geun Suk pula masing-masing sebanyak RM344,000 kepada Jawatankuasa Korea untuk UNICEF.
Sumbangan itu akan digunakan untuk projek bantuan kecemasan yang menyokong pemakanan, penghidratan, sanitasi, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak yang terjejas akibat gempa bumi.
Antara selebriti lain yang turut prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria termasuk Jinyoung GOT7 yang menyumbang sebanyak RM103,000, Park Bo Young (RM103,000), S.Coups SEVENTEEN (RM69,000), Kim Sejeong (RM138,000), Eunkwang BTOB (RM34,000), dan Jay B GOT7 (RM207,000).
Bintang lain seperti Kim Go Eun, Jung Ryeo Won, Doyoung NCT, Kim Hye Soo, Park Seo Joon, Chungha dan MC Mong juga menyumbang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.7 juta.
Baca: 5 Bintang Korea Popular Yang Terkenal Dengan Sifat Dermawan