Ya, anda masih ada impian untuk ‘memikat’ dan meminati 10 selebriti lelaki bujang ini.
Memasuki umur 30-an merupakan umur ideal untuk orang ramai mahupun selebriti untuk ‘Settle Down‘. Tetapi lain pula bagi 10 selebriti lelaki ini, mereka lebih fokuskan karier dan lebih suka menjalani kehidupan single mereka.
Tidak memikirkan jodoh semata-mata, senarai selebriti lelaki ini lebih menikmati masa bujang mereka dengan melancong, melakukan aktiviti lasak malah ada juga suka penuhkan jadual kerja mereka.
Seperti wanita juga, lelaki pada zaman kini menitik beratkan kerjaya dan kestabilan diri sendiri dahulu sebelum mereka memutuskan untuk berpasangan mahupun berumah tangga.