1. Kasih Iris Leona
Berbangga dengan busana tradisional, pempengaruh Kasih Iris Leona, 23, tampil anggun pada hari graduasinya di University of Bath, United Kingdom (UK) dengan berkebaya merah jambu. Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan di majlis yang berlangsung di pusat pengajian terbabit.
Momen penuh bermakna ini disambut meriah oleh ahli keluarga termasuk ayahnya, pelakon terkenal Azhar Sulaiman yang tidak melepaskan peluang hadir meraikan kejayaan anak bongsunya itu.