2. Imanopie
Iman Opie atau nama sebenarnya Iman Alysha, merupakan seorang pempengaruh yang sering berkongsi tentang kehidupan, gaya dan pendapat peribadi di media sosial. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau sudah menetapkan hala tuju untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Selepas tamat SPM, beliau menyambung pengajian di Sunway College melalui program Canadian International Matriculation Program (CIMP).
Kemudian, beliau meneruskan pengajian dalam bidang Business and Management di United Kingdom, mengikut jejak langkah ahli keluarganya yang turut mendapat pendidikan di sana.