7. Datin Lisa Surihani
Mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1997 ketika berusia 11 tahun menerusi iklan, Lisa Surihani merupakan pelakon terkenal Malaysia yang menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM 23 dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.
Siapa sangka, puncak populariti yang cemerlang ditambah dengan profil pembelajaran cemerlang membuatkan peminat memuji Lisa Surihani yang merupakan berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.