Bulan Jun hadir dengan aura yang lebih tenang, elegan dan penuh pesona tersendiri. Di sebalik suasana pertengahan tahun yang semakin rancak, bulan ini turut menyaksikan kelahiran ramai selebriti Malaysia yang berjaya mencipta pengaruh besar dalam industri hiburan tempatan.
Daripada dunia lakonan, nyanyian sehinggalah pengacaraan, figura kelahiran Jun ini bukan sahaja dikenali kerana bakat luar biasa, malah memiliki karisma dan identiti tersendiri yang membuatkan mereka terus relevan serta menjadi perhatian ramai. Setiap perjalanan seni yang dibina membuktikan komitmen dan dedikasi mereka dalam mengukuhkan nama di persada hiburan tanah air.
EH! himpunkan senarai selebriti Malaysia yang lahir pada bulan Jun, barisan bintang versatil yang terus menyerlah, menjadi sebutan dan memikat hati peminat dari semasa ke semasa.
Janna Nick (1 Jun 1995)
Pelakon, penyanyi dan pengacara, 31 tahun pada tahun ini.
Intan Ladyana (2 Jun 1982)
Pelakon, 44 tahun pada tahun ini.
Alicia Amin (6 Jun 1995)
Model dan pelakon, 31 tahun pada tahun ini.
Haqiem Rusli (16 Jun 1998)
Penyanyi dan komposer, 28 tahun pada tahun ini.
Ramona Zamzam (25 Jun 1990)
Pelakon dan model, 31 tahun pada tahun ini.
Aiman Tino (27 Jun 1998)
Penyanyi, 28 tahun pada tahun ini.
Ning Baizura (28 Jun 1975)
Penyanyi dan pelakon, 51 tahun pada tahun ini.







