Selebriti Malaysia yang lahir di luar negara sering membawa bersama latar belakang yang unik dan berbeza, Meskipun berbeza latar belakang asal, mereka terus mencapai kejayaan dalam dunia seni Malaysia, mewujudkan kepelbagaian budaya dalam industri seni.
Faktor perkahwinan campur atau pekerjaan ibu atau bapa telah memainkan peranan dalam membentuk perjalanan hidup selebriti Malaysia. Hal ini, telah membentuk jati diri mereka dan membantu mereka memahami kedua-dua budaya tempat mereka dilahirkan dan budaya Malaysia. Ini telah membawa kepada perkongsian nilai-nilai yang berharga dan memperkayakan landskap seni Malaysia. Oleh itu, mari kita intai tujuh selebriti Malaysia yang lahir di luar negara!
1. Diana Danielle
Diana Danielle Danny Beeson atau Diana Danielle, merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli dan Danny Beeson. Dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada 22 November 1991, Diana telah kembali ke Malaysia selepas ibu bapanya bercerai dan dia dibesarkan di George Town, Pulau Pinang, iaitu di kampung halaman ibunya.
2. Maya Karin
Memegang rekod pelakon dengan pencalonan terbanyak untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, dengan 11 percalonan. Maya juga merupakan salah seorang daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman dan mempunyai darah campuran Jerman, Cina, dan India. Maya Pernah tinggal di Indonesia sehingga dia berusia 17 tahun dan seterusnya kembali ke Malaysia.
3. Daler Yusof
Pada awalnya Daler Yusof ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, dia tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Walaupun dia dilahirkan di Dushanbe, Tajikistan dari keluarga berdarah kacukan Uzbekistan, ibunya berasal dari Negeri Kelantan. Dia mula memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan dengan memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun.
4. Diana Amir
Kehadiran Diana Amir yang pernah bergema dalam industri seni semakin pudar, berikutan pengumuman persaraannya dalam industri seni yang menjangkau 14 tahun itu pada Disember 2022 tahun lalu. Mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Diana Dilahirkan pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik.
5. Idris Khan
Sering berpindah-randah dari pelbagai negara seperi Perancis, Belgium, Taiwan, Hong Kong, Oman dan Pakistan pada tahun-tahun awalnya, tidak hairanlah tempat kelahiran Idris Khan di Libya, yang terletak di Afrika Utara kerana ayah beliau bertugas di sana ketika beliau dilahirkan. Anak kelima dari enam beradik ini pulang semula ke Malaysia ketika berumur 15 tahun.
6. Hawa Rizwana
Bakat yang diwarisi oleh Hawa Rizwana Ahmad Redzua iaitu anak kepada bekas penyampai televisyen terkenal Prof. Dato’ Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman, tidak dapat disangkalkan lagi. Sering disebut mirip selebriti terkenal, Neelofa, Hawa mempunyai darah campuran Arab, Siam dan Aceh ini dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat dan dia juga pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days pada 2015.
7. Nadhir Nasar
Pernah menjadi model untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur selama tiga tahun berturut sebelum memenangi pencarian Hero Remaja 2020, anak bongsu daripada tiga beradik ini, dilahirkan di Lansing, Michigan. Nadhir mula menceburi bidang lakonan menerusi drama Cerita Hantu Asrama dan kemudiannya drama Tercipta Satu Ikatan. Namanya mula dikenali menerusi lakonannya sebagai Syafiq Hambali dalam drama i-Tanggang dan Projek: Anchor SPM sebagai Naim.
Artikel Berkaitan: 7 Penyanyi Wanita Malaysia Yang Mencipta Nama Di Luar Negara