Oleh: Farhana Fuad
Generasi muda sering dikaitkan dengan masalah kewangan dan hutang keliling pinggang. Tetapi bukan untuk generasi muda seperti selebriti yang berjaya memasarkan bakat mereka di persada antarabangsa ini yang sudah mula dari awal menjadikan karier hiburan sebagai wang pendapatan. Secara perlahan-lahan, karier mereka ini terbukti membuahkan hasil dari bakat yang terpendam serta peranan media sosial dan internet yang membantu dalam memberikan pendedahan tentang mereka di serata dunia.
Kini, mereka bukan hanya mampu menyara kehidupan sendiri, malah mampu untuk menggembirakan ahli keluarga dengan hasil pendapatan yang sungguh lumayan setelah bekerja keras dalam karier masing-masing.
EH! kongsikan senarai selebriti muda bawah 25 tahun yang menjadi antara selebriti terkaya pada tahun lalu.
#17 : Lorde
Walaupun baru sahaja berusia 17 tahun Lorde sudah mempunyai kekayaan sebanyak dua juta dolar Amerika serta sebuah album hasil karya lagu-lagunya.
#16 : Elle Fanning
Hanya berusia 16 tahun, bintang muda ini sudah mengaut keuntungan bersih sebanyak lima juta dolar Amerika pada tahun 2013, dan bayangkan berapa banyak keseluruhannya setelah Elle Fanning muncul sebagai watak kedua utama dalam filem Maleficent tahun lalu.
#15 : Ariana Grande
Ariana Grande yang berusia 21 tahun mempunyai keuntungan bersih sebanyak lima juta dolar Amerika melalui hasil jualan muziknya, jelajah bersama Justin Bieber dan membintangi siri pendek Nickelodeon siri ‘Sam & Cat’.
#14 : Abigail Breslin
Dia merupakan bintang paling muda yang telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi. Mengaut keuntungan dari kerjayanya sebagai pelakon sebanyak 12 juta dolar Amerika pada umur 18 tahun.
#13 : Angus T. Jones
Baru berusia 20 tahun, namun Angus T.Jones sudah berjaya mempunyai keuntungan bersih hasil dari kariernya sebanyak 15 juta dolar Amerika, dan dikatakan mendapat 350,000 dolar Amerika bayaran untuk setiap satu episod siri berjudul ‘Two and A Half Men’.
#12 : Dakota Fanning
Ketika hari lahirnya, Dakota secara kesuluruhannya sudah mengaut keuntungan sebanyak 16 juta dolar Amerika.
#11 : Demi Lovato
Penyanyi muda yang berusia 20 tahun ini sudah mempunyai kekayaan bernilai 15 juta dolar Amerika, yang diperoleh sejak memasuki Disney, penjualan hasil kerjayanya, jelajah dan tatkala membintangi X Factor USA.
#10 : Selena Gomez
Bekas bintang Disney ini sudah bekerja keras sejak dari kecil lagi. Walaupun hanya berusia 22 tahun, Gomez sudah mengaut untung bersih dari kerjayanya sebanyak 15 juta dolar Amerika hasil dari Dream Out Loud clothing line miliknya, muzik, dan filem-filem yang dibintanginya.
#9 : Nick Jonas
Ketika Nick bergerak sendirian tanpa abang-abangnya dia bekerja keras menyibukkan diri demi membuat album solo, mencipta lagu, dan karier lakonan. Hasilnya, dia sudah mengaut untung bersih 18 juta dolar Amerika.
#8 : Taylor Lautner
Taylor Lautner, aktor berusia 22 tahun dilaporkan sudah mengaut keuntungan dari sumber pendapatan kariernya sebanyak 40 juta dolar Amerika, sejak mula naik namanya ketika menjadi buruan lensa kamera dan ramai wanita melalui filem Twilight.
#7 : Jennifer Lawrence
Pemenang Oscar yang berusia 23 tahun ini sudah digelar antara jutawan muda apabila dikhabarkan mengaut keuntungan hasil kerjayanya sebanyak 40 juta dolar Amerika serta ditambah lagi dengan pendapatannya melalui filem The Hunger Games: Catching Fire’.
#6 : Emma Watson
Bintang terkenal filem Harry Potter ini dianggarkan mempunyai 60 juta dolar Amerika di dalam akaun banknya hasil dari pendapatan kariernya sebagai pelakon terkenal antarabangsa. Bukan hanya cantik jelita, malah juga cerdik dan berpelajaran tinggi.
#5 : Kristen Stewart
Boleh dikatakan sudah mencecah 70 juta dolar Amerika keuntungan yang Kristen perolehi setelah bekerja keras sebagai pelakon berbakat bermula dari filem popular Twilight seterusnya Snow White and The Huntsman. Tambahan lagi dengan menjadi wajah kepada produk Chanel dan Balenciaga.
#4 : Daniel Radcliffe
Dia seolah-olah boleh membuat duit sekelip mata umpama magik. Watak utama filem Harry Potter ini yang baru berusia 25 tahun namun sudah digelar jutawan kerana dicatatkan mendapat hasil keuntungan dari kerjayanya sebanyak 110 juta dolar Amerika.
#3 : Justin Bieber
Dengan anggaran 130 juta dolar Amerika, Justin Bieber yang berusia 20 tahun sememangnya sudah menjadi buruan ramai peminat seluruh benua. Ditambah lagi keuntungannya yang diperoleh ketika melakukan jelajah tahun lalu yang memberikannya hasil untung sebanyak 80 juta dolar Amerika.
#2 : Miley Cyrus
Hannah Montana, jelajah album, hasil jualan albumnya sudah menjadikan penyanyi yang kian dewasa ini jutawan dengan anggaran 150 juta dolar Amerika keuntungan.
#1 : Taylor Swift
Penyanyi solo yang berusia 24 tahun ini merupakan selebriti muda yang terkaya pada tahun lalu dengan anggaran bersih 200 juta dolar Amerika keuntungan ditambah lagi 55 juta dolar Amerika pada 2014. Kesemuanya hasil dari titik peluhnya dan nyanyiannya yang merdu menjadi kegilaan ramai, keuntungan dari kembaranya, jualan album dan banyak lagi.