Tahniah buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) batch 2008!
Di sebalik dunia glamor dan jadual yang padat, mereka membuktikan bahawa kehidupan sebagai tumpuan ramai bukan penghalang untuk meraih keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.
Ingat, sama ada anda memperoleh straight A atau tidak, yang penting adalah usaha. Keputusan SPM bukan penamat, tetapi permulaan kepada fasa baharu dalam kehidupan.
EH! imbas kembali selebriti dan pempengaruh Gen Z yang turut meraikan keputusan SPM cemerlang. Bukan sekadar popular, malah bijak dalam akademik!
Semak selebriti & pempengaruh Gen Z yang telah mencapai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membanggakan:

Aryanna Alyssa Dezek 9A
Baru-baru ini, Alyssa Dezek mencuri perhatian ramai apabila berjaya meraih 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, termasuk menyanyi, berlakon dan mengurus saluran YouTube sendiri, Alyssa membuktikan bahawa populariti tidak menghalang seseorang untuk cemerlang dalam akademik.
Sejak kecil, Alyssa aktif berkarya di platform digital, menarik ribuan pengikut melalui video nyanyian dan cover lagu. Selain itu, dia juga pernah tersenarai dalam senarai Top 10 YouTuber Malaysia yang paling banyak pelanggan!

Imanopie 3A+, 6A
Iman Alysha, yang dikenali di media sosial sebagai @imanopiee, merupakan seorang pempengaruh internet yang terkenal di platform TikTok dan Instagram.
Mendapat perhatian ramai kerana kecantikan semula jadi, Imanopiee telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 3A+ dan 6A dan melanjutkan pengajian di Durham University, salah sebuah universiti terkemuka di United Kingdom.

Wani Kayrie (7A)
Penyanyi, Wani Kayrie mencatat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar aliran seni Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, itu memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Information and Communication Technology (ICT) dan Tasawwur Islam.

Dr. Soo Wincci (7A dan 2B)
Miss World Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci antara selebriti Malaysia yang memiliki keputusan cemerlang dan pengajian tinggi di Malaysia.
Meraih 7A dan 2B, Dr. Soo Wincci melanjutkan pengajiannya ke peringkat tinggi, antaranya berkelulusan undang-undang dari Universiti Reading (UK), pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan kini, graduan doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.

Erysha Emyra 9A
Nur Erysha Emyra Zakaria, anak kedua kepada dramatis terkenal Noniswara, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016. Beliau merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Keputusan cemerlang ini mendapat perhatian media dan masyarakat, dan Erysha turut merancang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang Perakaunan di United Kingdom. Namun, selepas mula terlibat dalam dunia lakonan, Erysha memutuskan untuk menangguhkan pengajian universiti bagi memberi tumpuan kepada kerjaya seni.

Janna Nick (6A dan 2B)
Isteri kepada Dini Schatzmann, Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah yang memperolehi keputusan 6A dan 2B.
Sentiasa mencapai kejayaan dari usia muda, Janna Nick kini bergelar pelakon popular dan pengarah malah memiliki aset rumah dan kereta pada usia muda, antara selebriti yang patut dicontohi
Baca: 5 Maksud Di Sebalik ‘Gen Z Stare’, Renungan Kosong Tetapi Ada Makna
