Tidak semua orang tahu yang pada hakikatnya selebriti popular ini mempunyai penyakit kronik, biarpun dari segi kehidupan mereka dilihat seakan sempurna segalanya.
Pabila menyentuh soal kesihatan, pastinya setiap orang merahsiakannya. Popular atau pun tidak, ramai sebenarnya menderita penyakit kronik atau pun penyakit yang jarang diketahui.
Sesetengah selebriti pernah dilihat menderita melalui detik-detik sukar sebelum mendapat tahu akan penyakit kronik yang dialami dan ada di antaranya menghidap penyakit yang tiada penawarnya.
EH! kongsikan senarai selebriti Hollywood dengan penyakit yang mereka sedang bertarung, sedikit sebanyak ia menjadikan tonggak semangat untuk mereka yang menghidap penyakit kronik supaya tidak mudah putus asa.