Gambar: TPGimages
Setiap orang punya teman atau sahabat yang akrab bersama. Tetapi jika punya punca atau sebab yang boleh membuatkan pergaduhan besar, perpisahanlah yang akan bermula.
Begitu juga dengan ramai selebriti-selebriti ternama yang ada menjalinkan hubungan persahabatan yang rapat sesama mereka. Mereka juga manusia biasa dan terlupa bagaimana membajai hubungan persahabatan, lalu menyebabkan perpisahan.
Miley Cyrus dan Demi Lovato
Mereka bertemu di set penggambaran Hannah Montana pada tahun 2007 dan menjadi sahabat baik dalam masa yang singkat. 2 tahun kemudian, mereka bercakaran secara umum di Twitter. Miley berkongsi gambar mereka berdua dengan kapsyen “Now this is what true friendship looks like. I miss you.’ Demi kemudian membalasnya dengan “Yeah it’s just kind of hard to miss somebody that I don’t know anymore.”
Reaksi Demi dek kerana Miley merakamkan video Youtube yang memperolokkan hubungan Demi dan Selena Gomez yang pernah menjadi sahabat baik.
Paris Hilton dan Nicole Richie
Hubungan persahabatan yang sering dibicarakan umum. Perhubungan mereka berlangsung sejak zaman kanak-kanak lagi dan berakhir teruk pada tahun 2005. Pelbagai spekulasi mengenai sebab sebenar persengketaan mereka, namun keduanya kekal berdiam diri.
Dalam temu bual bersama Vanity Fair pada 2006, Nicole memberitahu yang dia memutuskan untuk tidak berkawan lagi dengan Paris sebaik keluar dari pusat pemulihan. “We’re just two completely different people, we don’t have that much in common.”
Gwyneth Paltrow dan Winona Ryder
Bagaikan belangkas dan persahabatan yang diidamkan pada tahun 90-an. Namun pada tahun 1998, hubungan itu terputus. Dilaporkan Gwyneth terjumpa skrip filem Shakespeare in Love di rumah Winona, dan kemudian dia meminta untuk menjalani uji bakat bagi mendapatkan watak utama. Dan ya, dia berjaya serta turut memenangi Anugerah Oscar.