Surprise by surprise, persembahan Bad Bunny di Super Bowl Halftime Show mencipta sejarah.
Rumah kecil berwarna merah jambu, yang direka menyerupai rumah tradisional Puerto Rico, menjadi set utama dalam residensi No Me Quiero Ir De Aquí Bad Bunny.
Inilah juga tempat di mana ramai rakan selebriti sering berkumpul dan penyanyi rap ini membawa set ikonik ini ke pentas Super Bowl!
Benito Bowl, siapakah selebriti yang spotted dan tampil di Super Bowl Halftime Show Bad Bunny?

Lady Gaga
Lady Gaga tiba tiba muncul di tengah pentas untuk persembahan salsa versi “Die With A Smile”.

Cardi B
Rapper terkenal ini bukan hanya hadir, tetapi turut menunjukkan kehadirannya dalam persembahan dengan menari di sekitar set La Casita dan bersama bintang lain.

Ricky Martin
Legenda Latin ini muncul secara mengejut dengan menyanyikan versi live lagu Bad Bunny “Lo Que Le Pasó A Hawaiʻi”, menambah dimensi nostalgia dan kehormatan budaya kepada Super Bowl Halftime Show 2026.

Jessica Alba & Pedro Pascal
Aktor Hollywood ini juga dilihat turut meriahkan suasana di pentas dengan masing-masing berdansa dan menikmatinya bersama selebriti lain di sekeliling set La Casita.

Karol G, Alix Earle, Young Miko
Nama-nama popular lain seperti Karol G, influencer Alix Earle dan Young Miko turut kelihatan dalam persembahan, mereka hadir menyokong budaya pop terhadap Bad Bunny.

Bekas teman wanita, Kendall Jenner
Agak menarik dan janggal, Kendall Jenner, 30, berada di tempat duduk penonton untuk menyaksikan bekas kekasihnya, Bad Bunny, membuat persembahan di Super Bowl.
Khabar angin mengenai hubungan percintaan antara Bad Bunny dan Kendall Jenner mula tersebar pada tahun 2023, hampir tepat tiga tahun lalu.
Paparazi merakam gambar mereka kelihatan mesra ketika makan malam bersama di Los Angeles, sekali gus mencetuskan spekulasi hangat di internet.

New couple, Kim Kardashian & Lewis Hamilton
Kim Kardashian dan Lewis Hamilton membuat penampilan terbuka pertama mereka bersama apabila hadir ke Super Bowl LX di Stadium Levi’s pada hari Ahad.
Bintang realiti televisyen berusia 45 tahun itu dan pelumba Formula Satu dari Britain berusia 41 tahun tersebut dilihat menikmati perlawanan sengit antara Seattle Seahawks dan New England Patriots.
Baca: Bad Bunny Cipta Sejarah di Pentas Super Bowl LX Halftime Show, Gayanya Jadi Buah Mulut
