Oleh : Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Bukan mudah untuk bergelar selebriti dan dalam masa yang sama melalui perit menderita akibat penyakit kanser. Sebaik umum mengetahuinya, mereka turut berdepan dengan situasi yang lebih mencabar untuk laluinya di khalayak. Namun bagi yang punyai semangat jitu melawan kanser menjadi inspirasi kepada peminat serta mereka yang turut melalui situasi yang sama dalam menangani barah.
EH! senaraikan selebriti Barat yang pernah ataupun masih lagi berjuang dengan kanser untuk dijadikan inspirasi dalam mengharunginya.
Topik Berkaitan: Cara Awal Mengesan Kanser Payudara >>
Kylie Minogue
Penyanyi popular yang berasal dari Australia ini menyedari dirinya menghidap kanser payudara pada usia 36 tahun pada 2005. Kini, Minogue sudah 10 tahun bebas dari sebarang kanser setelah mendapatkan rawatan penuh dan rapi sepanjang didiagnos berdepan dengan penyakit ini. Katanya, ianya sangat mengujakan apabila melihat rambutnya tumbuh kembali selepas habis rawatan kanser tersebut.
Topik Berkaitan: 5 Jenis Makanan Elak Kanser Payudara>>
Hugh Jackman
Pada tahun 2013, Jackman dilihat memuat naik sekeping gambarnya dengan kapsyen “Deb (Deborra-Lee Furness, isterinya) memaksa saya untuk membuat pemeriksaan pada tanda yang ada di atas hidung saya. Ya, dia memang betul! Saya didiagnos mempunyai basal cell carcinoma (kanser kulit). Tolong jangan jadi bodoh seperti saya. Pastikan diri anda membuat pemeriksaan kesihatan sepenuhnya. Dan jangan lupa untuk gunakan pelindung sinaran matahari!!!” Hugh Jackman pernah berkongsi dengan media antarabangsa bahawa dia pernah mendapat 4 kanser kulit dalam masa 18 bulan dan masih menjalani rawatan dan pemeriksaan setiap 3 bulan.
Topik Berkaitan: Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati>>
Robert De Niro
De Niro mengetahui dirinya menghidapi kanser prostat pada tahun 2003. Ketika itu, ianya masih lagi pada tahap awal dan disebabkan itu juga ianya memberi peluang cerah pada aktor veteran ini untuk sembuh sepenuhnya. Rawatan rapi yang tidak pernah De Niro tinggalkan juga sedikit sebanyak membantu dirinya untuk pulih tanpa sebarang kanser.
Topik Berkaitan: Kenali Pap Smear>>
Angelina Jolie Pitt
Aktres kesayangan ramai ini telah membuka mata dunia mengenai kebarangkalian mewarisi sel barah melalui keturunan. Isteri kepada Brad Pitt ini mengambil keputusan untuk menjalani proses mastectomy yang merupakan surgeri pembuangan payudara untuk kedua-dua belah payudaranya setelah mendapati dirinya mempunyai kemungkinan besar untuk mengidap kanser yang diwarisi secara genetik. Pada tahun ini, doktor peribadinya mengesahkan ovarinya turut menunjukkan tanda yang sama dan sekali lagi Jolie terpaksa mengambil keputusan yang begitu berat untuk membuang terus ovarinya sebagai tanda pencegahan awal. Jolie pernah berkongsi pada pihak media bahawa dia sudah cukup merasa kehilangan ramai ahli keluarganya yang meninggal dunia akibat penyakit pembunuh ini termasuk ibunya, nenek serta ibu saudaranya dan Jolie tidak mahu melihat anak-anaknya merasa kehilangan ibu mereka pula.
Giuliana Rancic
Personaliti popular di saluran E! ini didiagnos dengan kanser payudara pada tahun 2011. Pada tahun yang sama, Rancic mengambil keputusan untuk melakukan proses double mastectomy. Biarpun kini sudah bebas sepenuhnya dari sebarang kanser, tubuhnya dikatakan masih dalam keadaan terlalu kurus dan kurang berat. “Ada sesetengah orang yang menyatakan bahawa kanser tersebut sudah kembali,” ujar Rancic. Tambahnya lagi, “Dan mereka menyangka yang saya seorang yang mempunyai masalah dengan pemakanan saya.” Namun, hakikatnya Rancic tidak mempunyai sebarang masalah pemakanan dan dia kini bebas dari kanser. Ia hanyalah disebabkan kesan pengambilan ubat-ubatan untuk menghalang kanser tersebut kembali lagi.