Hakikatnya, ramai selebriti antarabangsa kegemaran ramai yang sudah pun bergelar suami dan bapa.
Ada diantaranya apabila sudah bergelar bapa, semakin matang dan tampak lebih berjiwa kebapaan serta naluri suami yang bertanggungjawab itu lebih terpancar dari raut wajah mereka.
Meskipun, sudah bergelar bapa, selebriti-selebriti ini tidak henti mencari rezeki demi menyara kehidupan keluarga serta sekaligus memberikan kebahagiaan buat anak-anak dan suami. Itulah yang dinamakan superdad!
Sempena hari bapa yang tiba kali ini, EH! senaraikan selebriti lelaki antarabangsa kegemaran ramai yang anda impikan untuk menjadi anak kepada mereka.