‘Sek kito jange pecoh’, memang boleh katakan, bakat anak-anak Kelate ni tak pernah kurang dari kampung terus tembus ke kaca TV.
Orang Kelantan kalau bab bakat, memang tak boleh dinafikan. Walaupun loghat dia kadang-kadang buat orang luar garu kepala, tapi itulah yang buat Kelantan unik dan lain daripada yang lain.
Negeri Cik Siti Wan Kembang ni bukan saja kaya dengan budaya dan makanan sedap (siapa tak suka nasi kerabu dengan budu?), tapi juga antara negeri yang banyak melahirkan artis-artis berbakat besar ke dunia hiburan Malaysia.
Cuba tengok dalam dunia lakonan, ada je muka-muka familiar yang rupa-rupanya asal Kelantan. Yang penyanyi pun tak kurang hebatnya. Ada yang suara lemak merdu, ada yang power bila ‘perform’ atas pentas. Jangan lupa juga, ramai pengacara, pelawak dan influencer media sosial yang berasal dari negeri ni.
Raya baru-baru ini, ramai antara mereka berbangga dengan asal-usul dan tak malu langsung nak guna loghat Kelantan bila ditemu ramah atau buat content. Kadang-kadang tu, bila dengar mereka cakap dalam dialek Kelantan, terus rasa macam balik kampung!