7. Misha Omar
Misha Omar, nama sebenar Samihah @ Aisah binti Omar, berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Dilahirkan pada 6 Januari 1982, beliau merupakan anak keempat daripada tujuh beradik kepada pasangan Omar Ismail dan Zainab Mat Nor.
Kerjaya seni Misha bermula selepas menjadi finalis dalam pertandingan Bintang RTM 2001. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, bakatnya menarik perhatian komposer terkenal, Allahyarham Dato’ Adnan Abu Hassan, yang kemudian menjadi mentornya.
Album sulungnya yang bertajuk “Misha” dilancarkan pada tahun 2002, menampilkan lagu hits seperti “Bunga-Bunga Cinta”. Kejayaan album ini melonjakkan namanya dalam industri muzik Malaysia. Sepanjang kerjayanya, Misha telah meraih pelbagai anugerah berprestij, termasuk 8 trofi Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era, serta masing-masing satu trofi dari Festival Filem Malaysia dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.