Nicole ‘Snooki’ Polizzi
Pada Disember 2019, bintang ini mengumumkan persaraannya daripada rancangan realiti MTV, Jersey Shore selepas 10 tahun.
“Okey, saya sayang anda semua dan tolong jangan benci saya atas pengumuman ini, tetapi saya perlu pilih apa yang terbaik untuk diri saya buat masa ini. Saya akan bersara daripada Jersey Shore,” umumnya menerusi podcast It’s Happening Woth Snooki & Joey.
“Saya tidak akan kembali walaupun jika ada musim keempat. Ada banyak sebab, namun alasan utama adalah saya sudah tidak mampu melakukannya.”
Jelas Snooki, dia benar-benar mahu meluangkan lebih masa bersama suami, Jionni LaValle dan tiga cahaya mata mereka.