Jim Parsons
Selepas 12 musim, Jim Parsons membuat keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada watak Sheldon Cooper dan sitkom The Big Bang Theory.
Bahkan tawaran yang dilaporkan bernilai lebih RM200 juta untuk tambahan kontrak dua tahun juga tidak berjaya memujuk pelakon itu.
Menerusi satu hantaran panjang lebar di Instagram, Parsons merakamkan jutaan terima kepada semua yang terlibat dalam rancangan itu termasuk peminat.
“Saya akan merindui anda semua dan semua ini lebih banyak daripada apa yang mampu saya katakan,” tulisnya.