Noah Centineo
“Sewaktu bergelar remaja saya mencuba nasib menerusi pelbagai jenis aplikasi janji temu. Kemudian saya tidak lagi menggunakannya. Saya pernah mencuba Raya namun tidak lama kemudian saya nyahaktif,” jelas bintang To All the Boys I’ve Loved Before ini kepada Entertainment Tonight.
“Saya lebih suka bertemu orang yang mempunyai minat yang sama dengan saya, kerana sudah jelas kami ada persamaan.
“Contohnya saya pergi ke kelas yoga dan bertemu dengan gadis yang saya rasakan comel di sana. Itu satu permulaan yang baik kerana kami sama-sama menyukai yoga,” kata selebriti ini.