Keke Palmer
Mac tahun lalu, pelakon ini mendedahkan kepada Harper’s Bazaar bahawa dia tidak menolak aplikasi janji temu, namun salah satu janji temunya musnah gara-gara dia tidak mahu menjalin hubungan dengan selebriti.
“Dalam bab bercinta, saya berpegang pada satu falsafah. Bukannya saya tidak mahu memberi peluang. Tetapi untuk memastikan hal peribadi saya tidak bercampur dengan kerjaya, lebih mudah jika saya tidak bercinta dengan seseorang dalam bidang yang sama,” katanya.