Charlize Theron
Ketika muncul sebagai tetamu di The Ellen DeGeneres Show, pelakon ini mendedahkan bahawa rakannya, Chelsea Handler memperkenalkannya dengan dunia janji temu atas talian.
“Kami sedang berbual di telefon ketika itu dan dia menjelaskan panjang lebar mengenai aplikasi janji temu dan sempat memperlekehkannya, ‘Ya, semua orang melakukannya. Apa tidak kena dengan kamu? Kamu mahu jadi katak di bawah tempurung?’” kata Theron sambil tertawa.
Dia kemudian mula aktif mencari pasangan namun tidak berjumpa jejaka yang benar-benar menepati kriteria diingini dan merasakan ia bukanlah keputusan yang tepat. “Sebab itulah saya masih bujang sehingga kini,” selorohnya.
Foto: People/Eonline/Self
Baca: Pete Davidson Jatuh Cinta Setelah Menonton Babak Intim Bridgerton