Eric Marlon Bishop AKA Jamie Foxx
Pelakon Django Unchained ini pernah menggunakan nama sebenar dalam industri Hollywood sebelum memilih untuk menggunakan nama pentas, Jamie Foxx. Apa alasannya? Sebelum bergelar selebriti, dia pernah berada di atas pentas kelab komedi dan menyedari lebih ramai pelawak wanita dipanggil membuat persembahan berbanding pelawak lelaki. Justeru dia membuat keputusan untuk menukar nama dan memilih Jamie yang sesuai untuk jantina lelaki mahupun perempuan. Foxx pula merupakan penghormatan kepada salah seorang idolanya, pelawak Redd Fox.