Hakikatnya, ramai juga bintang muzik dunia yang membenci lagu mereka sendiri. Tetapi kenapa? EH! senaraikan selebriti yang tidak suka atau muak pada lagu mereka serta sebabnya.
Radiohead (Creep, 1992)
Thom Yorke pernah mempunyai nama samaran untuk breakthrough smash yang dia tulis semasa bergelar seorang pelajar di Exeter University pada tahun 1987 iaitu ‘Crap’. Gitaris Radiohead iaitu Johnny Greenwood mengaku yang mana dia mengatakan lagu tersebut lemah walaupun mereka tetap merakamnya dan memainkan trio gitar yang agak keras sebagai bahan jenaka untuk menyalahgunakan lagu itu. “That’s the sound of Jonny trying to f— the song up. He really didn’t like it the first time we played it, so he tried spoiling it,” jelas ahli kumpulan itu Ed O’Brien. ‘Creep’ menjadi tulang belakang set band itu untuk pertengahan tahun 90an, tetapi pada masa jelajah album tahun 1997 OK Computer, mereka telah menjadi semakin muak dengannya. Apabila orang ramai di Montréal menjerit meminta untuknya, Yorke menjawab dengan berkata, “F-off, kami bosan dengannya!”. Mereka bergerak selama tujuh tahun tanpa membuat sebarang persembahan lagu itu sebelum kembali memainkan lagu itu pada tahun 2016 untuk jelajah album A Moon Shaped Pool. Sifat Yorke terhadap lagu itu juga telah kian lembut semula.