Hakikatnya, ramai juga bintang muzik dunia yang membenci lagu mereka sendiri. Tetapi kenapa? EH! senaraikan selebriti yang tidak suka atau muak pada lagu mereka serta sebabnya.
Miley Cyrus (Party In The USA, 2009)
Meskipun ia karya pop teragung selama bertahun-tahun, Cyrus mengakui yang mana peranannya dalam memilih trak Jessie-J adalah minimum. “Honestly, I picked that song because I needed something to go with my clothing line. I didn’t write it and I didn’t expect it to be popular, originally. It was just something that I wanted to do and I needed some songs and it turned out for the best,” katanya dalam sebuah interviu media tidak lama selepas lagu tersebut dilancarkan. Dia mengaku yang muzik pop bukan sesuatu yang dia suka habiskan masa bersama. “I listen to zero pop music, which is really weird for someone who makes pop music. My 13-year-old self would have beaten up my 17-year-old self because she would be like, ‘You’re a sellout!” Pada tahun 2011, dia terlalu muak dengan lagu tersebut sehinggakan ketika sebuah parti tertutup di Chicago, dia meminta DJ Kiss untuk memainkan lagunya yang lain dari Party in the USA. Namun dia mengklarifikasikan rasa bencinya itu pada tahun 2013 menerusi sebuah interviu bersama V. “I can never say that I don’t love ‘Party in the U.S.A.’ and that I’m not appreciative of it. It would be like my dad (country crossover star Billy Ray Cyrus) saying that he hated ‘Achy Breaky [Heart]’… I would never take it back. But that’s not who I am, that’s not where I want to sing, that’s not what I want to sing, and that’s not what I want my voice to sound like.”