Namun, perancangannya tidak menjadi apabila warna losen itu bertukar menjadi gelap dan membuatkan kulitnya kelihatan jingga. Dia hanya menyedari keadaan itu setelah berada di tempat duduk.
“Saya berada di Met Gala, salah sebuah acara paling indah dan berprestij. Saya berusaha untuk tampak cantik di karpet merah. Namun apabila melihat foto sendiri selepas itu, barulah saya sedar kulit saya berwarna jingga. Saya tahu saya pasti akan dikecam,” katanya.