Selena Gomez seakan tidak boleh berenggang dengan buah hati barunya, Abel (The Weeknd).
Pasangan ini dilihat bermesraan antara satu sama lain pada satu petang ketika selesai makan malam romantis bersama di Giorgio Baldi.
Menurut sumber yang melihat gelagat mereka pada ketika itu, “Ia adalah sebuah makan malam romantis ketika hujan. Mereka seakan satu pasangan yang sedang bercinta. Mereka memesan pasta dan berkongsi menu tersebut. Selena seperti sangat menyukainya dan dia banyak tersenyum. Bahkan, mereka berpegangan tangan ketika beredar dari situ.”
Ia merupakan detik romantis pertama kali buat penyanyi lagu hit ‘Starboy’ itu sejak berpisah dengan bekas kekasihnya, Bella Hadid pada bulan November tahun lalu setelah setahun setengah bersama.
Abel dan Gomez mula intim bersama selepas dua bulan Abel putus cinta bersama Hadid yang mana tidak lagi mengikuti Gomez di Instagram hanya beberapa jam selepas gambar Abel dan Gomez tersebar.
Walaupun dikatakan Abel dan Hadid sudah berpisah, tetapi pasangan ini masih lagi bersahabat baik dan baru-baru ini Hadid sendiri telah memuji bekas kekasihnya itu. Namun tidak dapat dipastikan pula perhubungan antara Hadid dan Gomez selepas ini.