New Year, New Couple! Selena Gomez dilaporkan sedang bercinta dengan ahli The Chainsmokers’ Drew Taggart.
Belum pun sebulan memasuki 2023, Selena Gomez dan The Chainsmokers’ Drew Taggart telah melakar percintaan yang mengejutkan pada awal tahun itu. Pasangan yang tidak disangka, Taggart berkongsi gambar percutian tahun baharunya dengan bekas teman wanita; Eve Jobs yang disertai oleh Gomez juga dan Taggart dilaporkan berpacaran secara santai. Kedua-duanya didakwa bermesra di sebuah lorong boling Lower East Side pada 14 Januari lalu.
Bukan itu sahaja, bintang The Only Murders in the Building, 30, dan pemuzik The Chainsmokers, 33, menonton wayang sepanjang hari, menghabiskan masa bersama. Rata-rata peminat Gomez suka akan berita ini. Ruangan komen di foto Gomez kini ber-angka 26 ribu komen!
Hubungan romantik Taggart dengan Gomez dilaporkan sudah berlanjut selama empat bulan lebih selepas berita eksklusif mengesahkan bahawa artis EDM itu putus cinta dengan anak bongsu Steve Jobs, Eve Jobs.
Percintaan antara model, 24, dan Taggart hanya bermula sebagai skandal musim panas yang kasual dan menurut sumber pada September 2022, mereka berdua telah menjadi lebih rapat sepanjang musim panas.Bagaimanapun ia tidak kekal lama sebelum DJ itu mulai keluar bersama pelakon Wizards of Waverly Place.
Sebelum ini, Gomez pernah dikaitkan dengan Zedd, Niall Horan dan Charlie Puth. Percintaan yang paling terakhir dilaporkan adalah pada tahun 2017 dimana dia berpacaran dengan The Weeknd. Namun, kedua-duanya memutuskan untuk berpisah secara baik walaupun mempunyai minat yang sama.
Artikel berkaitan: Selena Gomez Dikecam Peminat Kerana Mempersendakan Hailey Bieber