Dalam satu temu bual terbaru bersama Amy Schumer dari majalah Interview, Selena Gomez mendedahkan kisah hidupnya sebagai bintang pop, kenapa dia kembali ke Instagram dan mengapa dia merasakan kehidupan peribadinya ‘out of control‘ ketika zaman mudanya.
Pada awal temu bual tersebut, Amy bertanya kepada Selena kenapa dia kembali ke Instagram dan jawapannya sangat mudah. “Saya tidak pernah berniat untuk menjadi tabloid, jadi apabila perkara itu terjadi, it got out of control,” jelasnya.
Selena juga berkata, “Saya terpaksa mula bercakap kerana ramai yang mengada-adakan cerita merepek. Saya masih muda dan akan terus berubah. Tiada siapa yang mempunyai hak untuk menentukan kehidupan saya.”
Apabila Amy bertanya kepada Selena tentang lagu Lose You to Love Me, Selena berkata dia menulis lirik lagu tersebut setelah selesai mendapatkan rawatan dan berpisah dengan Justin Bieber.
“Apabila saya menulis lagu tersebut, I was basically saying that I needed to hit rock-bottom to understand that there was this huge veil over my face,” katanya.
Banyak perkara yang sudah terjadi dalam hidup Selena. Dia pernah menjalani pemindahan buah pinggang, menderita penyakit lupus, mendapatkan rawatan untuk kesihatan mentalnya dan menjalani hubungan high-profile bersama Justin Bieber dan The Weeknd. Semua perkara ini sering menjadi perbualan media serata dunia, jadi tak hairanlah apabila Amy bertanya Selena, “Perlukah kami risaukan anda?”