Setelah melakukan refleksi diri, penyanyi ini telah memahami cara bagi menggabungkan kesejahteraan dengan tekanan untuk tampil dalam cara tertentu. Jelasnya, terdapat hubungan yang kuat antara perbualan mengenai kecantikan dan kesihatan mental.
“Masyarakat sering memberitahu bahawa kita tidak cukup cantik, jadi saya melancarkan jenama sendiri untuk memulakan cabaran dan menghapuskan tekanan tersebut – demi mengubah perbualan itu,” ujarnya kepada Stellar Magazine.
Tambah pelantun lagu Lose You To Love Me itu, matlamatnya adalah untuk memecahkan standard kecantikan yang tidak realistik.