“Ia memberi impak negatif terhadap kesihatan mental saya dan saya tahu ramai wanita di luar sana berdepan masalah sama,” ujarnya yang menegaskan, kecantikan dan kesihatan mental harus dibincangkan bersama.
Dalam temu bual terbaharu, Selena turut membincangkan impak negatif internet terhadap kesejahteraan seseorang dan berpendapat, berehat daripada media sosial adalah penyelesaian yang sihat.
“Di Rare Beauty, kami melakukan detoks media sosial setiap hujung minggu di mana kami menggalakkan komuniti untuk menjauhkan diri daripada internet sepanjang hujung minggu.”