Setelah didiagnosis menghidap gangguan bipolar tahun lalu, pelakon Monte Carlo ini mengakui walaupun dia kini berasa lebih baik, dia tetap perlu ‘memperbaiki’ tahap kesihatan mentalnya setiap hari.
April lalu ketika menjadi tetamu dalam rancangan Miley Cyrus, Bright Minded, Selena menjelaskan bagaimana penyakit itu memberi kesan terhadap dirinya.
“Ia sangat sukar, tetapi saya cuba mencari jawapan apa yang diperlukan untuk mengharunginya. Saya mempunyai rakan-rakan yang hebat, saya berjumpa pakar terapi dan sentiasa berfikiran positif. Saya telah belajar banyak perkara mengenai diri sendiri,” katanya.
Foto: Kurt Krieger/Corbis/Corbis via Getty Images