Selena Gomez berkongsi tentang kesihatan mentalnya ketika melancarkan kempen Wonderland, “Ia telah mengubah hidup saya sepenuhnya.“
Selena Gomez turut mengatakan di Good Morning America(GMA) bahawa perjalanan kesihatan mentalnya telah berubah menjadi lebih baik selepas dia memutuskan untuk meninggalkan media sosial. “Saya tidak menggunakan internet selama empat setengah tahun,” katanya kepada GMA.