Dalam kapsyen karusel yang disiarkannya malam Isnin lalu, pelakon The Only Murders in the Building mengucapkan terima kasih kepada Versace, serta penggaya Kate Young dan Lauren Jeworski, jurusolek Hung Vanngo, penggaya rambut Marissa Marino dan artis kuku Tom Bachik kerana melengkapkan gaya hari jadinya yang ke-30.
Selepas meraikan ulang tahun yang ke-30, pengasas Rare Beauty itu merenung kembali zaman usianya yang ke 20-an. Catatan Instagram mengakui Selena lega kerana akhirnya “mempunyai seketika waktu” untuk menyambut hari istimewanya itu.