Dalam masa dua minggu, Selena Gomez dilaporkan telah dimasukkan ke dalam hospital sebanyak dua kali kerana mengalami masalah depresi.
Menurut laporan TMZ, penyanyi berusia 26 tahun itu berada di Studio City, California pada hujung minggu bulan lalu pabila pihak hospital menerima panggilan kecemasan pertama.
Dikatakan yang mana Selena mengalami lemah semangat dan beremosi selepas mengetahui kiraan sel darah putihnya yang agak membimbangkan berikutan surgeri buah pinggang yang dilakukannya sebelum ini.
Sumber turut mengatakan yang mana Selena telah dihantar ke Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles oleh ahli keluarganya. Selepas beberapa hari, Selena telah dikeluarkan dari hospital tetapi terpaksa dimasukkan ke dalam wad semula pada minggu lalu kerana kiraan sel darahnya mendadak turun secara berterusan dan sekaligus menyebabkan Selena mengalami masalah tekanan dan emosi yang teruk.
Baru sahaja diwadkan, Selena dikatakan meminta untuk pulang tetapi doktor melarangnya dari berbuat demikian. TMZ turut melaporkan yang mana Selena sebenarnya dalam keadaan bimbang dan tertekan. Bahkan Selena turut mencuba mengeluarkan saluran IV dari tangannya sendiri. Banyak sumber menggelarkan momen tersebut seakan masalah tekanan perasaan.
Selena dikatakan kini berada di pusat East Coast Psychiatric dan sedang menerima terapi tingkah laku dialektik. Terapi tersebut membantu dalam memulih masalah gangguan mental yang pelbagai. Selena juga pernah menerima rawatan terapi ini pada masa lalu.
TMZ turut menambah lagi yang mana ia seakannya terdapat pelbagai tanda masalah yang berlaku terhadap Selena sejak beberapa minggu yang lalu. Ia boleh dilihat menerusi sebuah entri Selena pada 23 September lalu yang mana dia sendiri mendiamkan diri dari media sosial dengan menulis “Just remember- negative comments can hurt anybody’s feelings. Obvi.”
Sebelum meninggalkan dunia media sosial, Selena sempat melakukan Instagram Live dengan menjawab beberapa soalan dari peminatnya dan menyatakan sendiri yang dirinya mengalami depresi selama lima tahun.
Kemunculan terakhir Selena di khalayak ramai adalah pada 22 September lalu di acara Jennifer Lopez’s Vegas. Bekas kekasih kepada Justin Bieber ini dikatakan menjadi sasaran komen-komen negatif di media sosial selepas bekas kekasihnya itu, Justin Bieber mengumumkan pertunangannya dengan Hailey Baldwin.
Selena mula mengikuti proses pemulihan pada tahun 2014. Tahun lalu bintang popular ini turut menjalani surgeri major berikutan penyakit Lupus yang dihidapinya dengan pembedahan buah pinggang.