Kedudukan Kylie Jenner sebagai ‘wanita dengan pengikut paling ramai di Instagram’ telah pun menemui penamatnya.
Menurut akaun peminat berita selebriti PopFaction, Selena Gomez berjaya memintas Kylie dan merampas kembali gelaran ‘Ratu Instagram’ yang pernah menjadi miliknya sebelum ini.
Walaupun kedua-duanya mempunyai jumlah pengikut yang sama iaitu 380 juta, Selena mendahului dengan 380,644,778 pengikut manakala mogul kosmetik itu pula tidak jauh di belakang dengan 380,425,729 pengikut.
Berita itu mengejutkan para peminat yang berkongsi keterujaan mereka di Twitter. “Dan segalanya di dunia ini pulih seperti sedia kala. Ratu kembali ke takhta sepatutnya!” ciap seorang peminat manakala seorang lagi menambah, “Ratu Instagram sebenar telah kembali!”