Walaupun lebih aktif di Instagram kebelakangan ini, Selena mengakui dia hanya memuat turun aplikasi TikTok dalam telefon bimbitnya. Dia memadam aplikasi Instagram tahun lalu dan meminta pembantu memuat naik kandungan di akaun miliknya.
Dalam wawancara bersama Vanity Fair yang diterbitkan pada awal bulan ini, dia mengulas tentang keputusannya untuk berhenti menggunakan media sosial.
“Orang boleh sahaja menggelar saya hodoh atau dungu, saya tidak akan peduli. Tetapi malangnya mereka menulis kata-kata kesat yang begitu spesifik dan kejam. Saya selalu menangis. Saya sering mengalami kebimbangan. Saya tidak boleh melakukannya lagi. Ia hanya membuang masa saya. Satu-satunya aplikasi yang ada dalam telefon bimbit saya adalah TikTok kerana saya dapati ia kurang agresif.”