Namun begitu Selena mengakui media sosial mempunyai banyak manfaat termasuk membantunya berhubung dengan peminat dan menyaksikan sendiri kegembiraan mereka menerusi hantaran yang dikongsi.
“Bagaimanapun ia biasanya ditapis untuk saya buat masa sekarang. Saya telah membuat satu sistem. Saya akan menghantar segala kandungan yang saya cipta kepada pembantu untuk dimuat naik.”
Pada April 2022, pelakon dan penyanyi itu mendedahkan dia berhenti menggunakan media sosial selama empat tahun dan berasa lebih gembira dengan kehidupannya. “Ia mengubah hidup saya sepenuhnya. Saya lebih gembira. Saya lebih berhubung dengan orang ramai di alam nyata.”
Selain Selena dan Kylie, selebriti wanita lain yang turut mempunyai ramai pengikut di Instagram termasuk Ariana Grande (357 juta), Kim Kardashian (346 juta) dan Beyoncé (293 juta).
Baca: Selena Gomez Akhirnya Dedah Misteri ‘Penampilan Jingga’ Di Met Gala 2018