Siasatan mendapati punca nahas disebabkan pesawat membawa lebih muatan dan penumpang. Malah pakar forensik turut menemui alkohol dan kokain di dalam badan mayat juruterbang. Pesawat terhempas sejurus setelah berlepas, hanya 200 kaki dari landasan.
Namun baru-baru ini muncul satu perkembangan terbaharu yang tidak pernah didengari mengenai kematian penyanyi itu.
Kingsley Russell yang ketika itu ditugaskan mengangkat bagasi Aaliyah dan pengiringnya berkongsi kisahnya menerusi buku Baby Girl: Better Known As Aaliyah, hasil karya wartawan muzik, Kathy Iandoli.